Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Yang Ke-21

alhamdulillah masih bernyawa di atas muka bumi ini dan berkesempatan bertemu dengan bulan yang paling mulia iaitu bulan ramadhan.. sepangjang perjalanan hidup ni sedar ta sedar dah 21 tahun aku mengenali bulan  puasa.. tapi start puasa bukan lah 1 tahun.. hehehe.. tapi ingin aku ceritakan di sini ialah.. sepanjang berpuasa ni ramai yang telah meninggalkan aku.. seperti ayah, wan dan sahabat aku.. ayah dah meninggal selama 12 tahun.. sempat beberapa tahun ja berpuasa dengan dia.. wan pulak masuk ni dah 2 tahun pemergian dia.. pemergiannya begitu terasa bagi aku.. kerana aku lah yang jaga dia pada waktu dia sakit.. shift malam.. pelbagai karenah aku layan.. sampai kadang tergelak tengok karenah dia.. tapi setiap aku ingat.. menitis air mata ni.. kenangan semua nya.. aku ingt lagi yang aku ingin berpuasa bersama-sama dengan wan.. sebab sebelum ini aku lebih berpuasa di Penang.. tapi allah lebih sayangkan dia.. aku redha atas pemergian beliau..
manakala bagi sahabat aku pulak inilah tahun pertama aku akan berpuasa dan beraya tanpa dia.. selalunya dia lah orang yang akan menceriakan aku.. dan dia la di pagi raya akan menelefon aku dan bertanya banyak duit raya.. lucu orangnya.. untuk tahun ini tiada lagi panggilan dan tawanya.. semakin hari aku kehilangan orang yang aku sayang.. allah lebih menyayangi mereka.. aku hanya mampu berdoa kepada allah agar roh mereka ditempatkan orang-orag yang beriman.. aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa bagi seluruh umat islam..